About MARS

Malaysian Amateur Radio over Internet Protocol Society

updated as of: Tue, 10th Aug 2021, 03:42 AM

PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI [ROIP (RADIO OVER INTERNET PROTOCOL)]
PPM-006-10-01062020

PENGENALAN

Kami adalah Penyelia Perkhidmatan Pelayan Teamspeak 3 yang berasaskan Windows untuk sarana komunikasi alternatif kepada pengendali stesen Amatur dan juga Komersil untuk berkomunikasi antara satu sama lain walau dimana sahaja berada samada menggunakan kaedah RoIP atau VoIP

SEJARAH

Pelayan Teamspeak 3 mula di perkenalkan di Malaysia untuk sarana komunikasi Amatur dan Komersil oleh 9W2UZL sekitar 2014 dan mula diterima ramai sekitar 2016 sehingga sekarang.

Pada awal pengenalan, komuniti pengendali stesen komunikasi tidak dapat menerima pembaharuan serta menentang segala cubaan bagi menjatuhkan semangat pengguna yang lain agar tidak menerima aplikasi Teamspeak atau VOIP (secara amnya) sebagai satu alternatif komunikasi yang baru.

Namun begitu, kami tidak patah semangat dan terus berjuang sehingga dapat menyewa satu pelayan (server) di Singapura lalu ke Perancis, Jerman dan kembali ke Cyberjaya, Malaysia.

Kini, sudah ramai pengguna baru yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi komunikasi Teamspeak3.

PROMOSI

Semua penggemar dan penggiat komunikasi terutamanya aplikasi Teamspeak 3 dialu-alukan untuk turut serta masuk berkomunikasi di Server MARS kerana didalam server Teamspeak 3 telah disediakan channel / bilik untuk berkomunikasi samada Amatur atau Komersil bahkan keluarga dan individu juga dialu-alukan untuk turut serta.

TUJUAN

Merapatkan hubungan siraturahim antara stesen seluruh dunia disamping menguji peralatan masing-masing serta berkomunikasi antara satu sama lain

PENGENALAN RADIO AMATUR

  1. Radio Amatur ditakrifkan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000 [P.U.(A) 128/2000].
    1. Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Bumi [Tanah] & Satelite)
    2. Di mana kegunaan stesen dengan tujuan latihan sendiri, komunikasi dan penyiasatan teknikal
    3. Dijalankan oleh seseorang yang berkelayakan yang mempunyai keinginan mendalami teknik radio diatas usaha peribadi dan tidak mempunyai niat yang lain.
  1. Radio Amatur juga diiktiraf sebagai salah satu peralatan komunikasi radio yang mana ITU (International Telecommunication Union) memantau dan menyediakan frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang mana frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.
  2. Pengendali Radio Amatur mesti memberikan perkhidmatan bagi membantu kerajaan sesebuah negara ketika berlakunya bencana alam sekiranya sistem komunikasi yang lain tidak boleh berfungsi atau tiada kemudahan komunikasi yang lain.
  3. Salah satu kehebatan yang ada pada Radio Amatur ialah: ‘perasaan muhibah antarabangsa’ diantara rakan HAM seluruh dunia dengan ikatan persaudaraan antara manusia tanpa mengira darjat atau kasta.

KOD ETIKA RADIO AMATUR

Berjiwa Perwira Setia Progresif
Ramah Tamah Berjiwa Seimbang Berjiwa Patriotik

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DI DALAM STESEN RADIO AMATUR.

Terdapat beberapa perkara yang dilarang semasa komunikasi:

  1. Stesen Radio Amatur (ARS) dilarang menggunakan Radio Amatur untuk tujuan komersil.
  2. Menyiarkan sebarang bahan yang telah sedia ada berupa lagu, percakapan, berita atau apa sahaja yang berkaitan (Re-broadcast).

PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN BAGI STESEN RADIO AMATUR

  1. Komunikasi dengan stesen radio amatur diseluruh dunia dengan menggunakan Radio HF dan satelit.
  2. Komunikasi di antara bandar-bandar tempatan dengan menggunakan radio pemancar VHF dan UHF.
  3. Memberi khidmat komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidak terdapat alat komunikasi yang lain atau alat komunikasi yang lain tidak berfungsi.
  4. Pembuatan sendiri Radio, Pancaran, Penerimaan dan Antena.
  5. Komunikasi di dalam orbit satelit tanpa sebarang kos.
  6. Komunikasi dengan angkasawan ketika mengelilinggi dunia.
  7. Kajian mengenai TV Amatur (ATV), Slow Scan TV (SSTV) atau menghantar gambar potret dengan mengunakan faksimili.
  8. Mengambil bahagian di dalam sebarang pertandingan Radio Ham atau mengadakan peralatan tunjuk arah.
  9. Mengambil bahagian di dalam aktiviti mencari dan menyelamat.
  10. Memancarkan dan menyebarkan berita-berita semasa berkaitan persekitaran mereka sendiri umpamanya berita kematian,bencana, aktiviti masyarakat dan apa sahaja yang memberi faedah umum melainkan perkara-perkara yang boleh menyinggung sesuatu pihak. Umpamanya: cerita ayah pin dsb.