Infomasi Jalur Rakyat

Pengenalan

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan lesen peribadi atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amatur yang memerlukan AA (Aparatus Assignment) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amatur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah.

Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frekuensi baru pada 1 APRIL 2010 (Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS.

Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio komunikasi tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amatur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frekuensi mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz.

Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB).

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA.
TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN.

Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang.

PERINGATAN! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Frekuensi

Berdasarkan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (CMA98), berikut merupakan senarai frekeunsi yang dibenarkan untuk penggunaan Jalur Rakyat

Pengurusan Tertinggi MARS Group telahpun bersetuju untuk menggunakan frekuensi komunikasi untuk radio dua hala bagi Jalur Rakyat MARS
(27MHz-CH10) (477MHz-CH10)

HF - 27MHz Citizen Band - Personal Radio Service Channel 10

Channel Frequency (MHz) Modulation Type Peak power (Watts) (Maximum EIRP) Channel Spacing (kHz) Reserved Channel
Double Side Band: AM/FM Single Side Band: AM Double Side Band: AM/FM Single Side Band: AM
9 27.065 AM / FM 4 12 6 3 Emergency
10 27.075 AM / FM 4 12 6 3
11 27.085 AM / FM 4 12 6 3 Calling

UHF - 477MHz Citizen Band - Personal Radio Service Channel 10

Channel Frequency (MHz) Modulation Type Peak power (Watts)
(Maximum EIRP)
Channel Spacing (kHz) Reserved Channel
9 477.1125 FM / PM 5 12.5 Emergency
10 477.1250 FM / PM 5 12.5
11 477.1375 FM / PM 5 12.5 Calling

UHF - 477MHz Family Band - Personal Radio Service Channel 10

Channel Frequency (MHz) Modulation Type Peak power (Watts)
(Maximum EIRP)
Channel Spacing (kHz) Reserved Channel
9 477.6250 FM / PM 0.5 12.5 Emergency
10 477.6375 FM / PM 0.5 12.5
11 477.6500 FM / PM 0.5 12.5 Calling

10-Code

Code Usage
10-1 Receiving Poorly
10-2 Receiving Well
10-3 Stop Transmitting
10-4 Ok, Message Received
10-5 Relay Message
10-6 Busy, Stand By
10-7 Out of Service, Leaving Air
10-8 In Service, subject to call
10-9 Repeat Message
10-10 Transmission Completed, Standing By
10-11 Talking too Rapidly
10-12 Visitors Present
10-13 Advise weather and road conditions
10-16 Make Pickup at…...
10-17 Urgent Business
10-18 Anything for us?
10-19 Nothing for you, return to base
10-20 My Location is ......... or What's your Location?
10-21 Call by Telephone
10-22 Report in Person too ......
10-23 Stand by
10-24 Completed last assignment
10-25 Can you Contact .......
10-26 Disregard Last Information/Cancel Last Message
10-27 I am moving to Channel ......
10-28 Identify your station
10-29 Time is up for contact
10-30 Does not conform to FCC Rules
10-32 I will give you a radio check
10-33 Emergency Traffic at this station
10-34 Trouble at this station, help is needed
10-35 Confidential Information
10-36 Need correct time
10-37 Wrecker needed at …...
10-38 Ambulance needed at .........
10-39 Your message delivered
10-41 Please tune to channel ........
10-42 Traffic Accident at ..........
10-43 Traffic tied up at .........
10-44 I have a message for you
10-45 All units within range please report
10-50 Break Channel
10-60 What is next message number?
10-62 Unable to copy, use phone
10-65 Awaiting your next message or assignment
10-67 All units comply
10-70 Fire at .......
10-71 proceed with transmission in sequence
10-73 Speed Trap at ............
10-75 You are causing interference
10-77 Negative Contact
10-84 My telephone number is .........
10-85 My address is ...........
10-91 Talk closer to the Mike
10-92 Your transmitter is out of adjustment
10-93 Check my frequency on this channel
10-94 Please give me a long count
10-95 Transmit dead carrier for 5 seconds
10-99 Mission completed, all units secure
10-100 Need to go to Bathroom
10-200 Police needed at ..........

Callsign Country Code

1 ITALY 51 ANDORRA 101 PAPUA NEW GUINEA 151 IRAQ 201 FRENCH POLINESIA 251 ALBANIA 301 ARMENIA
2 U.S.A. 52 FAROE IS. 102 KUWAIT 152 MALDIVE 202 BHUTAN 252 REVILLA ET GIGEDO 302 ASIATIC RUSSIA
3 BRAZIL 53 EL SALVADOR 103 HAITI 153 THAILAND 203 CHINA REPUBLIC 253 ANDAMAN 303 AZERBAIJAN
4 ARGENTINA 54 LUXEMBOURG 104 CORSE 154 IRAN 204 MOZAMBIQUE 254 MOUNTH ATHOS 304 ESTONIA
5 VENEZUELA 55 GIBRALTAR 105 BOTSWANA 155 TAIWAN 205 CAPE VERDE REPUBLIC 255 KERGUELEEN 305 FRANZ JOSEPHLAND
6 COLUMBIA 56 FINLAND 106 CEUTA MELILLA 156 CAMEROON 206 ETHIOPIA 256 MARION ISLAND 306 GEORGIA
7 N. ATILLES 57 INDIA 107 MONACO 157 MONT SERRAT 207 SAINT MARTIN IS. 257 RODRIGUES ISLAND 307 KALINGRADSK
8 PERU 58 MALAYSIA EAST 108 SCOTLAND 158 TRINIDAD & TOBAGO 208 GLORIOSO ISLAND 258 TRISTAN DA CUNDHA 308 KAZAKH
9 CANADA 59 DODECANESE IS. 109 HUNGARY 159 SOMALIA 209 JUAN DE NOVA EUROPA 259 TOMELIN 309 KIRGHIZ
10 MEXICO 60 HONG KONG 110 CYPRUS 160 SUDAN 210 WALLIS & FUTUNA IS. 260 BAKER HOWLAND 310 LATVIA
11 PUERTORICO 61 EQUADOR 111 JORDAN 161 POLAND 211 JAN MAYEN ISLAND 261 CHATAM ISLAND 311 LITHUANIA
12 URUGUAIY 62 GUAM IS. 112 LYBAN LEBANON 162 ZAIRE 212 ALAN ISLAND 262 JOHNSTON ISLAND 312 MOLDAVIA
13 W. GERMANY 63 ST HELENA IS. 113 MALAYSIA W. 163 WALES 213 MARKET REEF 263 KERMADEC ISLAND 313 TADZHIK
14 FRANCE 64 SENEGAL 114 PAKISTAN 164 TOGO 214 CONGO 264 KINGMAN REEF IS. 314 TURKOMAN
15 SWITZERLAND 65 SIERIA LEONE 115 QATAR 165 SARDINIA 215 GABON 265 KIRIBATI CENTRE 315 UKRAINE
16 BELGIUM 66 MAURITANIA 116 TURKYA 166 S. MAARTEN IS. 216 MALI 266 KIRIBATI EAST 316 UZBEK
17 HAWAII 67 PARAGUAY 117 EGYPT 167 JERSEY 217 CHRISTMAS ISLAND 267 KURE ISLAND 317 WHITE RUSSIA
18 GREECE 68 ULSTER 118 THE GAMBIA 168 MAURITIUS IS. 218 BELIZE 268 LORD HOWE ISLAND 318 S.M.O.M.
19 HOLLAND 69 COSTA RICA 119 MADERIA 169 GUERNSEY ISLAND 219 ANGUILLA ISLAND 269 MELLISH REEF 319 O.N.U. NEW YORK
20 NORWAY 70 AMERICAN SAMOA 120 ANTIGUA 170 BOURKINA FASO 220 S. VINCENT & DEPEND 270 MINAMI TORISHIMA 320 BANABA ISLAND
21 SWEDEN 71 MIDWAY 121 BAHAMAS 171 SVALBARD 221 SOUTH ORKNEY 271 NAURU 321 CONWAY REEF
22 GUAYANA 72 GUATEMALA 122 BARBADOS 172 NEW CALEDONIA 222 SANDWICH ISLAND 272 NIVE ISLAND 322 WALVIS BAY
23 JAMAICA 73 SURINAM 123 BERMUDA 173 REUNION ISLAND 223 GLORIOSO ISLAND 273 PALMYRA ISLAND 323 REP YEMEN
24 PANAMA 74 NAMBIA S. W. A. 124 AMSREDAM IS. 174 UGANDA 224 GILBERT & OCEAN IS. 274 PITCAIRN 324 PENGUIN ISLAND
25 JAPAN 75 AZORES IS. 125 CAYMAN IS. 175 CHAD 225 BRUNEI 275 TOKELAUS 325 ROTUMA ISLAND
26 ENGLAND 76 MOROCCO 126 NICARAGUA 176 CENTRAL AFRICAN REP 226 MALAWI 276 TUVALU 326 MALYJVYSOTSKJ IS.
27 ICELAND 77 GHANA 127 VIRGIN IS. (US) 177 SRILANKA 227 RWUANDA 277 SABLE ISLAND 327 SLOVENIA
28 HONDURAS 78 ZAMBIA 128 VIRGIN IS. (UK) 178 BULGARY 228 CHAGOS 278 WAKE ISLAND 328 CROATIA
29 IRELAND 79 PHILIPPINAS 129 MACQUAIRE IS. (US) 179 CZECHOSLOVAKIA 229 HEARD ISLAND 279 WILLIS ISLAND 329 CZECH REP
30 SPAIN 80 BOLIVIA 130 NORFOLK IS. (US) 180 OMAN 230 MICRONESIA 280 AVES ISLAND 330 SLOVAKIA
31 PORTUGAL 81 S. ANDRES IS. 131 GUAYANA (BRITISH) 181 SYRIA 231 ST PETER/PAUL ROCKS 281 OGASAWARA ISLAND 331 BOSNIA
32 CHILLE 82 GUANTANAMO BAY 132 MARSHAL ISLAND 182 GUINEA REPUBLIC 232 ARUBA 282 AUKLAND CAMBELL 332 MACEDONIA
33 ALASKA 83 TANZANIA 133 MARIANA ISLAND 183 BENIN (EX DAHOMEY) 233 ROMANIA 283 S KITTS E NEVIS 333 AFRICA (ERITREA)
34 CANARY IS 84 IVORY COAST 134 CAROINE ISLAND 184 BURUNDI 234 AFGANISTAN 284 SAINT PAUL
35 AUSTRIA 85 ZIMBABWE 135 SOLOMON ISLAND 185 COMORO ISLAND 235 ITU GENEVA 285 FERNANDO DE NOROHA
36 R. S. MARINO 86 NEPAL 136 MARTINI QUE ISLAND 186 DIJBOUTI 236 BANGLADESH 286 JUAN FERNANDEZ
37 R. DOMINICANA 87 YEMAN N. (DEL) 137 MAN (U.K.) 187 KENYA 237 BIRMANIA 287 MALPELO
38 GREENLAND 88 CUBA 138 VATICAN CITY 188 MALAGASY REPUBLIC 238 CAMBOGIA 288 S FELIX S AMBROSIO
39 ANGOLA 89 NIGERIA 139 SOUTH YEMAN (DEL) 189 MAYOTTE ISLAND 239 LAOS 289 SOUTH GEORGIA ISLAND
40 LIECHTENSTEIN 90 CRETE 140 ANTARCTICA (CHILE) 190 SEYCHELLES ISLAND 240 MACAO 290 TRINIDADE MARTIN VAZ
41 NEW ZEALAND 91 INDONESIA 141 S. PIERRE & MIQUELON 191 SWAZILAND 241 SPRATLY 291 CYPRUS ZCA (S. BASE)
42 LIBERIA 92 LIBYA 142 LESOTHO 192 COCOS IS. (C USA) 242 VIETNAM 292 ABU AIL
43 AUSTRALIA 93 MALTA 143 S. LUCIA ISLAND 193 COCOS IS. (OCEANIA) 243 AGALEGA & ST BRANDO 293 GUINEA BISSAU
44 S. AFRICA 94 U.A.E. EMIRAT ARABIA 144 EASTER IS.(PASQUA) 194 DOMINICA ISLAND 244 ANNOBON 294 PETER IST ISLAND
45 SERBIA 95 MONGOLIA 145 GALAPAGOS ISLAND 195 GRENADA ISLAND 245 NIGER 295 SOUTHERN SUDAN
96 TONGA 146 ALGERIA 196 GUADELOUPE 246 SAO TOMBE/PRINCIPLE IS. 296 CLIPPERTON ISLAND
47 DENMARK 97 ISRAEL 147 TUNISIA 197 VANAUTU 247 NAVASSA ISLAND 297 BOUVET ISLAND
48 SAUDI ARABIA 98 SINGAPORE 148 ASCENSION ISLAND 198 FALKLAND ISLAND 248 TURKS & CAOCOS IS. 298 CROZET ISLAND
49 BALEARES IS 99 FIJI ISLAND 149 LACCADIVE ISLAND 199 GUINEA EQUATOR 249 AMSTERDAM & S PAUL 299 DESECHEO ISLAND
50 U. S. S. R. 100 KOREA 150 BAHARAIN 200 SHETLAND ISLAND 250 COOK ISLAND 300 W. SAHARA RIO DE ORO

FAQ

Anda tidak perlu memohon sebarang lesen AA seperti RADIO AMATUR atau Radio landmobile yang lain samada bentuk walkie-talkie atau handie atau bentuk mobil radio asalkan ianya mengunakan frequency CB atau PRS frequency maka anda tidak perlu mendapatkan apa-apa lesen AA kerana anda dibenarkan menggunakanya tanpa lesen.

Frequency bands

A personal radio service(PRS atau CB Radio) device shall only utilize any of the following frequency bands assigned for this class assignment, amongst other uses, on a shared non-exclusive basis:

  1. 26.965000 MHz to 27.405000 MHz
  2. 446.006250 MHz to 446.093750 MHz
  3. 446.103125 MHz to 446.196875 MHz
  4. 477.012500 MHz to 477.487500 MHz
  5. 477.525000 MHz to 477.987500 MHz
Class assignment

This class assignment confers rights on any person to operate a personal radio service device subject to:

  1. the conditions as specified in paragraph 4
  2. the device operating within the frequency bands as specified in the second column of Tables B, C, D, E and F.(a,b,c,d dan e diatas)

Anda tidak perlu memohon, mendaftar atau membayar apa-apa bayaran untuk callsign kerana pengguna CB RADIO tidak memerlukan sebarang CALLSIGN yang khusus seperti Radio Amatur. Anda boleh cipta sendiri callsign yang di perlukan sebagai isyarat pengenalan kepada rakan-rakan group anda atau ahli keluarga anda bagi memudahkan perhubungan melalui radio 2 hala atau CB RADIO.

Namun begitu, permohonan diperlukan sekiranya kelab tersebut memerlukannya bagi mengelakkan pertindihan.

Antara sebutan Phonetic yang sering di gunakan oleh operator AMATUR RADIO adalah seperti berikut

Symbol ITU Phonetic Malay Phonetic
A Alfa Agas
B Bravo Bola
C Charlie Ciku
D Delta Duku
E Echo Elok
F Foxtrot Fajar
G Golf Gagak
H Hotel Handal
I India Intan
J Juliett Jala
K Kilo Kota
L Lima Laju
M Mike Merah
N November Nuri
O Oscar Ombak
P Papa Palang
Q Quebec Quen
R Romeo Rakit
S Sierra Singa
T Tango Tari
U Uniform Udang
V Victor Victor
W Whiskey Wayang
X X-ray X-ray
Y Yankee Yakin
Z Zulu Zaman
0 Zero Kosong
1 One Satu
2 Two Dua
3 Three Tiga
4 Four Empat
5 Five Lima
6 Six Enam
7 Seven Tujuh
8 Eight Lapan
9 Nine Sembilan
Penggunaan Isyarat Panggilan

Tiada isyarat panggilan digunakan selain dalam bidang operasi di mana isyarat panggilan tersebut diperlukan.

Anda boleh membeli melalui e-dagang di Malaysia, melalui rakan-rakan CB atau kedai Radio Amateur samada di Jalan Pasar, Plaza Low Yatt atau Plaza Digital Mall. Yang penting ianya adalah CB RADIO yang frekuensinya telah di'program'kan seperti diatas. Saya mencadangkan anda tidak membeli melalui e-dagang luar negara kerana nanti anda akan kerugian masa, wang dan sebagainya di atas kerenah birokrasi yang bermacam-macam samada dari pihak kastam ataupun pihak sirim mengenai cb radio

Harga purata kebanyakan CB Radio adalah mengikut jenis samada Handy atau mobile dan multimode atau hanya mode AM dan FM sahaja. Untuk jenis Handy mode AM dan FM purata harganya adalah sekitar RM 50.00 ke RM 400.00 manakala untuk jenis mobile mode AM dan FM harganya sekitar RM 200.00 ke RM 900.00. Untuk CB RADIO jenis mobile multimode agak mahal sedikit kerana kebanyakan jenis multimode mempunyai berbagai kelebihan seperti frequency counter, echo, scanning dan sebagainya seperti peralatan HAM RADIO. Harganya boleh mencapai sehingga RM 2,500.00. Jadi pada pendapat saya tujuan radio 2 hala adalah untuk perhubungan maka basic CB Radio pun sudah memadai tidak perlu membeli peralatan yang canggih dengan berbagai fungsi sedangkan kita tidak menggunakan fungsi tersebut semasa berbual atau berhubung dengan rakan-rakan CB.

CB RADIO masih baru di Malaysia , maka tidak ramai yang tahu mengenainya kerana tidak ada promosi di buat untuk penggemar CB Radio. Orang ramai lebih suka mempromosikan Radio Amatur kerana merasakan CB RADIO ni untuk golongan yang kurang kemampuan dan hanya menggunakan radio 2 hala sebagai hobi suka-suka sahaja tidak seperti Radio Amatur ada kelebihan seperti kena ambil peperiksaan, (maknanya kena belajar atau join kelas RAE), kena bayar lesen AA, ada Callsign yang diberikan oleh pihak SKMM dan sebagainya. Namun bagi saya kalau ada hobi menggunakan radio 2 hala secara murah untuk permulaan kenapa kita tidak gunakan yang penting boleh guna untuk berhubung di antara satu sama lain sama juga dengan fungsi Radio Amatur. Namun demikian saya yakin nanti ada kelab atau group yang akan mempromosi atau memperkenalkan CB RADIO kepada orang ramai sebagai alat perhubungan alternatif atau pilihan kedua selain Handfone atau Ham Radio. CB RADIO juga bagus untuk kegunaan pemandu lori kontenna yang berkonvoi semasa perjalanan malam, pemandu bas ekspres untuk mengelak dari mengantuk atau boleh di buat sebagai peralatan pemberi amaran awal sekiranya rakan pemandu melihat atau ternampak sesuatu yang mencurigakan di jalan raya. Semasa event sukan, camping, atau kenapa tidak anda memulakan penggunaan CB RADIO sebagai alat perhubungan anda dan keluarga anda semasa konvoi dan sebagainya selagi pengunaanya selari dengan 'rules' dan 'regulations' yang tertera di dalam 'penguntukan class' (Class Assignments)

Jarak purata CB RADIO 27MHz adalah sekitar 5 ke 18 KM manakala untuk CB RADIO 477MHz adalah sekitar 5 ke 20 KM bergantung kepada bentuk permukaan bumi dan halangan seperti bangunan tinggi hutan yang tebal atau keadaan cuaca dan sebagainya. Namun demikian sekiranya keadaan propagasi membuka dengan menggunakan CB RADIO 27Mhz USB anda akan terkejut bila station dari Indonesia atau Australia menjawab panggilan anda, bayangkan perasaan anda semasa itu. Oleh itu CB Radio 27MHz SSB juga boleh mencapai ribuan kilometer sekiranya propagasi cuaca membuka atau sebagainya.